Korang pernah terpikir tak nak jadi seorang bodybuilder?? Kalau kat malaysia ni korang sebut je nama budak sazali dah tentu-tentu ramai yang kenal dia kan, ala sazali anak pak samad tu..kalau tak kenal jugak meh sini blogger sepet tunjuk gambar dia posing baekk punyerrr..
fakta rahsia: kepala si sazali ni lagi kecil dari lengan dia, lebeh kurang saiz bola baling..*
O.K, sekarang ni blogger sepet tak nak dah cakap pasal si sazali samad ni, yang blogger sepet nak merepek kongsi hari ni ialah kesan paling buruk yang boleh terjadi kalau orang-orang badan pelik cam gini berkahwin ngan perempuan yang badan dieorang lebeh kurang same je ngan sazali ni..
isteri-isteri korang nampak cam gini tak??
kalau cam gini confirm-confirm la korang kene lambung cam teddy bear tiap-tiap malam..
Kalau wife/wives korang lebeh kurang cam kat atas tu, adalah lebeh afdal kalau korang prepare awal-awal agar korang tak kene heart-atttack untuk sambut anak-anak seperti ni..
Haa,kan tak pasal-pasal korang "monkey-shocked"(aku reke sendiri) dapat anak cam ni..
Actually, blogger sepet saje je merepek-merepek tadi, gambar budak kecik kat atas tu sebenarnye adalah Aditya "Romeo" Dev-pemuda berusia 22 tahun, numerically "Romeo" ni lagi "senior" dari blogger sepet dan jauh lebeh famous dan top dari blogger sepet(famous ke?? T_T) kerana dia pernah masuk foxnews kat UK sebagai "world's smallest bodybuilder"..
korang rasa kalau jurulatih si "Romeo" ni baling dia ke atas
agak-agak boleh sangkut tak kat tingkap ke pokok ke..
Si "Romeo" ni kira-kira 0.84 m tunai sahaja, dan mempunyai 2 kaki yang setiap satu kakinya sepanjang 9 inchi (2'9"), dengan berat bersih 9.25 kg ini mampu memecah rekod dunia(golongan midget) dengan bebanan seberat 4540 gram hasil latihan dari titik peluh "Romeo" dan bergelen-gelen titik-titik peluh jurulatihnya encik Ranjit Pal di gymnasium "personal trainer"nye yang terletak di kampung phagwara, India..
"Romeo" berada di L.A bagi menandatangani perjanjian
untuk membintangi filem terbaru A.Razak Mohaideen, Mami Jarum vs. Transformer..*
Pada tarikh 31 February lepas, "Romeo" dilapor telah dimasukkan ke (ICU) Hospital Kampung Phagwara Specialist dan mengalami trauma kekal sepanjang hayat setelah diserang oleh kucing jantan paling dominan di kampung Phagwara dan kes bermotifkan perebutan ikan goreng, keadaannya masih kritikal dan koma sehingga jam 1:45 tengahari tadi dan mula mengigau inginkan susu tepung Dumex..*
Suspek utama kes serangan ke atas "Romeo", Meow "si kucing" berjaya diberkas setelah diburu selama 3 purnama oleh skuad polis elit Phagwara dan kesnya masih dibacarakan oleh majlis PIBG dan JKKK kampung Phagwara..*
Meow "si kucing" merupakan ketua kucing-kucing jahat di kampung Phagwara, suspek ialah seekor pemegang tali pinggang kulit dan juara bertahan (3 semester) silambang kucing di fun-fair Phagwara..*
* Rekaan, imaginasi dan harapan dari blogger sepet sendiri..